Followers

Friday 14 March 2014

ASSALAMMUALAIKUM...

Saya terpanggil untuk melihat betapa alam di tanah melayu cukup hebat dan ini rahsia kebesaran tuhan betapa alam melayu mempunyai rahsia yang enggak boleh diteka atau di duga. Baru baru ini rakyat Malaysia dikejutkan peristiwa Kapalterbang MH370 yang dikatakan hilang di dalam perjalanannya.....



Saya terbaca untuk membantu.....dalam akhbar tempatan mengatakan kapalterbang itu mempunyai tangki memenuhi penerbangan sejauh 6 atau 7 jam perjalanan mengikut maklumat orang arif mengenai minyak kapalterbang itu....hati saya mengagak kapalterbang itu masih berada di dalam lingkungan jarak perjam berkenaan.

Maka mungkin tekaan saya itu salah tetapi marilah kita berdoa semoga doa orang di dalam kesusahan di makhbolkan oleh illahi....dan terdapat teman-teman mengatakan.. meminta rakyat Malaysia di seluruh negara membantu meninjau ....cuba cuba lihat di kawasan banjaran pergunongan ....kalau dekat lombong arangbatu atau lereng bekas gunung berapi atau padang pasir atau apa lokasi yang berkaitan......kalau betul andaian  betapa kapalterbang itu bakal terlajak sejauh 6 atau 7 jam perjalanan itu. Rakyat Malaysia yang di luar Negeri juga boleh membantu dengan mendoa keselamatan penumpang dan kapalterbang itu selamat kembali ke Malaysia atau di temui.....dugaan hebat untuk rakyat Malaysia...

Setiap pihak termasuk Syarikat Penerbangan Mas itu akan berharap agar pencarian itu menemui bukti. Maka berilah sokongan  walau pun usaha kita itu tiada siapa mengetahui..kerana bumi Malaysia menyediakan bantuan untuk kita berusaha....semua pihak ada pilihan atau tanggapan tetapi pastinya bertujuan untuk menenangkan hati manusia khusus penumpang dan saudaramara supaya bersabar.

Perdana Menteri Malaysia sangat prihatin dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa berdoa agar Kapalterbang dan penumpangnya itu dapat di temui dengan selamat. Seluruh rakyat Malaysia dan bantuan teknikal yang diterima dari negara-negara yang berdekatan mahupun yang jauh sangat dihargai........untuk membantu dalam misi pencarian ini......BERSABAR SEMUA..INSYAALLAH

Ya Allah...bantulah kami dan berikan kekuatan kepada Perdana Menteri Malaysia yang disayangi dalam menghadapi dugaan ini ....sesungguhnya DiKaulah yang Maha Mengetahui.......